How many students entered University (IPTA) this year?

More than 40,000 students successfully gain a place in our local public institution of higher learning... About 62% are bumiputra, 31% are Chinese while around 7% are Indian students...

***********************************************************

40,184 calon terpilih masuk 20 IPTA
Oleh Azrina Ahzan
Source: http://www.bharian.com.my/ (18/06/2008)

PUTRAJAYA: Seramai 40,184 calon dipilih memasuki 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) pada sesi akademik 2008/2009, bulan depan.

Daripada jumlah itu, 24,989 atau 62.19 peratus calon Bumiputera, 12,445 (30.97 peratus) Cina dan 2,750 (6.84 peratus) India. Sebanyak 61.87 peratus atau 24,862 calon akan mengikuti jurusan sains manakala baki 15,322 atau 38.13 peratus jurusan sastera.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi, berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerima 67,143 permohonan dengan 53,504 calon memenuhi kelayakan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas serta syarat khas program pengajian.

Daripada jumlah itu, 44,263 permohonan diterima daripada calon Bumiputera, 17,959 (Cina) dan 4,921 (India).

Pemilihan calon dibuat dengan menggabungkan markah kokurikulum sebanyak 10 peratus yang diselaraskan oleh Kementerian Pelajaran serta markah akademik 90 peratus daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran.

Dr Ir Radin Umar menjelaskan, mulai sesi 2007/2008 markah kokurikulum diselaras Kementerian Pelajaran kerana penganjuran, pemantauan, penilaian dan pembabitan pelajar dalam kegiatan itu terletak di bawah kawalan kementerian berkenaan.

"Kedua-dua markah digabungkan bagi menghasilkan markah merit calon yang diguna pakai bagi pemilihan kemasukan ke IPTA," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Calon boleh menyemak status permohonan masing-masing mulai jam 12 tengah hari semalam melalui Talian Khidmat Bantu (helpline) 03-88835848 atau hotline 03-88835858 atau menerusi sistem pesanan ringkas (sms) 32020 atau 32300 atau laman web www.jpt.uum.edu.my, www.jpt.utm.my dan mohe.gov.my.

IPTA akan mengeluarkan surat tawaran mulai hari ini dan calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran itu dalam tempoh tujuh hari. Pengesahan penerimaan tawaran dan surat tawaran juga boleh dicetak melalui laman web IPTA terbabit.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi turut membuka kaunter semakan di Aras 1, Blok E9, Kompleks E, Presint 1, di sini sehingga 27 Jun ini.

Calon gagal boleh membuat rayuan menerusi aplikasi e-Rayuan URL http://www.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari sehingga 29 Jun ini.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger