Contoh Soalan Esei Sejarah SPM

Soalan 1

Pada Zaman Moden Awal, benua Eropah telah mengalami perubahan dan kemajuan yang membolehkan Eropah menjadi perintis dalam pelbagai bidang pengetahuan.

a) Mengapakah RENAISSANCE dikenali sebagai pencantuman Unsur Baru dan Lama. [8M]
b) Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan RENAISSANCE. [8M]
c) Pada pandangan anda sejauhmanakah Zaman Renaissance berperanan melahirkan tokoh ilmuan di Eropah? [9M]

Soalan 2

Ketiga-tiga Martin Luther, Zwingli dan John Calvin adalah tokoh yang terlibat dalam Reformasi.

a) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah berlakunya reformasi? [6M]
b) Nyatakan perjuangan ketiga-tiga tokoh reformasi di atas [19M]

Soalan 3

Pada abad ke-19 dan ke-20, penjajah Barat berlumba-lumba untuk meluaskan pengaruh di Asia Tenggara.

a) Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan imperialisme di Asia Tenggara. [12M]
b) Nyatakan kesan-kesan imperialisme ke atas Asia Tenggara. [13M]

Soalan 4

Semangat kebangsaan di Asia Tenggara merupakan satu tindak balas penduduk tempatan terhadap pentadbiran Imperialis Barat.

a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kebangkita nasionalisme di Asia Tenggara. [12M]
b) Terangkan pergerakan nasionalisme tahap kedua di
- (i) Filipina [6M]
- (ii) Tanah Melayu [7M]

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger