Contoh Soalan Esei Sejarah SPM

Contoh Soalan Esei Sejarah SPM

Soalan 1

a) Bezakan ciri-ciri Zaman Paleolitik dan Neolitik. (10M)

b) Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa tamadun awal manusia bermula pada Zaman Neolitik. (15M)

Soalan 2

Salah satu unsur ketamadunan yang penting ialah perkampungan berubah menjadi negara kota yang berkembang dan ditadbir oleh ketua-ketua puak.

a) Sekiranya anda seorang ketua puak yang hidup pada tahun 2020 S.M., apakah faktor-faktor yang akan anda pertimbangkan sebelum menetap di sesuatu tempat? (10M)

b) Nyatakan perbezaan tamadun Sumeria dengan tamadun Mesir dari aspek bahasa dan tulisan, agama dan kepercayaan dan organisasi sosial. (15M)

Soalan 3

Manusia telah membentuk tamadun yang lebih tinggi dan kompleks semasa tamadun Yunani dan Rom.

a) Apakah ciri-ciri yang melambangkan ketamadunan manusia? (6M)

b) Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi? (5M)

c) Bandingkan sistem pemerintahan Tamadun Rom dan Athens. (14M)

Soalan 4

Peristiwa Hijrah merupakan suatu peristiwa yang amat penting dalam sejarah Islam kerana melalui peristiwa itu, agama Islam berkembang dengan pesat.

a) Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah mengikut pandangan Islam? (5M)

b) Bincangkan kepentingan hijrah? (15M)

c) Pada pandangan anda, mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. dianggap negarawan yang unggul? (5M)

Soalan 5

Renaissance yang berlaku di Eropah bermula dari kurun ke-14 hingga pertengahan kurun ke-16 merupakan perkembangan paling penting di Eropah.

a) Apakah yang anda faham dengan Renaissance dan mengapakah ia berlaku? (15M)

b) Nyatakan sumbangan utama tokoh-tokoh Renaissance? (10M)

Soalan 6

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) telah ditubuhkan pada Mei 1971. Malaysia menjadi anggota OIC dan memainkan peranan penting dalam pertubuhan itu.

a) Huraikan tujuan OIC ditubuhkan. (10M)

b) Nyatakan faedah yang diperolehi Malaysia menganggotai OIC? (6M)

c) Komanwel ialah pertubuhan yang dianggotai oleh Britain dan bekas jajahan takluknya. Apakah ciri persamaan yang terdapat antara negara-negara Komanwel? (9M)

Note: If you have any model exam questions either from your school or tuition, please share with other readers of this blog by dropping the questions in the comment section. By doing this, everyone from different schools can exchange model exam questions. Hopefully, everyone can score A's. Thank you.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger