Contoh Soalan Esei Sejarah SPM

Contoh Soalan Esei Sejarah SPM

Soalan 1

a) Huraikan bagaimana kerajaan Srivijaya menjalankan dasar perluasan kuasa dan pengaruh dari kurun ke-7 hingga kurun ke-13? (12M)

b) Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, huraikan bagaimana penggunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara? (13M)

Soalan 2

a) Sistem kerajaan awal merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu-Buddha. Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara. (13M)

b) Nyatakan perbezaan antara adat Perpatih dengan adat Temenggung? (12M)

Soalan 3

a) Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, satu daripada dasar politik ialah mengadakan hubungan dengan negari-negeri luar. Huraikan bentuk-bentuk hubungan luar Kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511? (13M)

b) Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan negeri-negeri lain berasaskan konsep sembah dan salam. Apakah yang anda faham dengan konsep sembah dan salam? (12M)

Soalan 4

a) Terangkan perkara-perkara yang memperkukuhkan konsep daulat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? (15M)

b) Pada masa dahulu istana merupakan tempat betumpunya masyarakat. Apakah peranan istana pada masa itu? (10M)

Soalan 5

a) Apakah yang dimaksudkan dengan khalifah dan bagaimana perlantikan seseorang khalifah itu dibuat? (10M)

b) Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab sehingga beliau digelar Amirul-Mukminin? (15M)

Soalan 6

Revelusi Perancis atau Revolusi Borjuis tercetus pada tahun 1789. Peristiwa ini berakhir dengan kejatuhan bangunan Bastille ke tangan pemberontak.Revolusi ini telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Perancis.

a) Jelaskan mengapa tercetusnya revolusi tersebut? (10M)

b) Huraikan kesan-kesan revolusi tersebut kepada Perancis? (10M)

c) Berdasarkan pengerahuan sejarah anda, mengapakah Revolusi Perancis kemudiannya dikenali sebagai Revolusi Borjuis? (5M)

Note: If you have any model exam questions either from your school or tuition, please share with other readers of this blog by dropping the questions in the comment section. By doing this, everyone from different schools can exchange model exam questions. Hopefully, everyone can score A's. Thank you.

0 comments:

Designed by Posicionamiento Web | Bloggerized by GosuBlogger | Blue Business Blogger